find by your own way...

Thursday, September 30, 2010

ERTI SEBUAH KEJAYAAN

siapa yang tidak impikan kejayaan,hanya orang yang jahil shj rasanya...
tapi pernah kan kita terfikir dari aspek manakah kita mahu berjaya...
selalunya kita akan ucap atau berdoa semoga berjaya dunia akhirat...
berjayakah kita jika kita mendapat 5A?...ya kita berjaya...
tapi apa erti 5A itu jika kita tidak ditempatkan di sekolah terbaik?...berjayakah kita?...
berjayakah kita jika mendapat keputusan yang cemerlang dlm SPM?..ya, kita berjaya...
tapi apa erti keputusan yang cemerlang jika kita tidak ditempatkn di institusi yang setaraf dengan keputusan cemerlang kita?...
berjayakah kita jika kita dapat masuk Universiti?..ya,kita berjaya..
namun, berjayakah kita jika, keluar Universiti kita hanya menganggur?...
tidak berjayakah mereka jika ketika zaman persekolahan mereka ketinggalan...
namun berjaya membina empayar perniagaan yang gah, walaupun hanya syarikat belacan....
siapa yang  berjaya...siapa yang tidak...
ketahuilah bahawa kejayaan ditafsirkan berlainan setiap individu...
walaupun hari ini aku mungkin menganggur, namun aku masih lagi berjaya...
walaupun hari ini aku pengerusi syarikat besar, namun aku juga orang yang berjaya...
aku hanya tidak akan berjaya jika aku sendiri katakan aku orang yang KALAH...

AKUKAH YANG NAIF ATAU DIA YANG DAYUS

Kesepian ditinggalkan membuatkan aku sengsara dan merana, terasa diri ini sudah lemah untuk menghadapi hari esok,namun dengan semangat dan galakan dari rakan-rakan dan keluarga, aku tempuhi hari-hari pengkuliahanku seperti biasa. si dia, mungkin sedang bergembira di negara sebarang, ah...persetankan dia. di saat keyakinanku kembali teguh dan aku sudah dapat membiaskan diri berseorangan, si dia datang kembali selepas enam bulan membisu tanpa khabar berita. kembali menagih cinta,merayu-rayu.
 Aku wanita,aku punyai sifat yang teramat lembut, aku punah dengan pujuk rayu walaupun ibu sudah berpesan,si dia sudah mendirikan masjid, namun aku tetap percaya dengan kata-kata dan pujuk rayu serta janjinya...bukan sekejap aku mengenalinya, sudah enam tahun kami menjalinkan hubungan, aku pasti, aku kenal dia sebagai mana dia mengenali aku...hubungan kami terjalin semula...betapa gembiranya dengan kehadiran si dia. hidupku ini kembali berseri2, aku langsung tidak dapat menghidu bau busuk hatinya, sehinggalah pada suatu hari aku terbaca komen temannya di laman facebook  yang bertanyakan tentang isteri si dia...ketika itu aku merasakan betapa terhinanya aku,betapa bodohnya aku dan betapa jahatnya dia...
kali ini hatiku hancur berkecai, kenapa orang yang aku kenal selama 6 tahun menipu dan memperlakukan aku sedemikian rupa, aku cinta..aku sayang...tapi beginikah balasan yang aku dapat...aku tidak kuat untuk berdiri lagi, si dia merayu-rayu untuk menjadikan aku isteri kedua,bersungguh-sungguh tidak mahu melepaskan aku..lelakikah dia jika menagih cinta ku hanya kerana ego, hanya kerana membandingkan aku dengan isterinya, tidak puaskah dia dengan dikurniakan seorang cahaya mata. aku lemah, tersangat lemah sehingga pernah terfikir untuk menamatkan pengajian tatkala ini shj...sehingga saat ini si dia masih menagih cintaku...Ya Allah Ya tuhanku,tabahkanlah hati hambamu ini menepuhi ujianmu ini, ya Allah...

Tuesday, September 28, 2010

28 September 2010

Assalamualaikum....
today is the first time I've sign in blogspot.com and the first day of my blog live...hopefully it will continue and growth..my pray and Doa for my friend, Mamat palo, hope he will get soon...
that all for now,  see u again...