find by your own way...

Friday, October 8, 2010

sinopsis KECANTIKANNYA

aku tahu aku tidak layak untuk memohon maaf, aku tidak layak untuk mengangkat muka dan bersemuka, aku juga tahu, aku tidak sama sekali layak untuk berkata-kata walau dengan memalingkan badan. Namun, bibir mulut ini, terlalu ringan untuk mengeluarkan ucapan ini, "Wanis, maafkan saya". terlalu kejamkah ucapan ini sehingga hanya air mata mu yang membalasnya, atau kejam kah aku yang mengucapkan kata-kata ini. Wanis, seandainya kau tahu bahawa hanya cintamu yang kudamba, hanya tangan mu ingin ku genggam dan hanya hatimu yang ingin kumiliki tentunya kita akan bersatu. 

Imran, kenapa kau, kenapa kau orangnya, kenapa orang yang terlalu aku kagumi yang tegar menyakitiku. Kenapa kembali selepas luka yang kau calarkan, kenapa kau terlalu kejam memohon maaf sedangkan kau tahu, kau tidak layak untuk itu. Benar, cinta aku suci terhadap mu, tapi itu dulu. Hari ini dan hari esok hanyalah milik aku dan Shahrol,suamiku.

Wanis, aku cintakan mu. aku cintakan mu seperti mana aku cintakan diri aku. Imran, aku sayangkan kau seperti mana aku menyanyai abangku, adik ku dan keluargaku. Bukan niatku menikahi Wanis untuk mencabarmu, namun jodoh telah menyatukan kami. Wanis, nyawaku, Imanku dan segalanya buatku dan hanya aku, suaminya yang dapat menikmati kecantikan isteriku....


salam...tunggu la yer kalau nak tau pasal cite ni, nnt layari je www.novelon9.blogspot.com...tapi anda kena jadi follower dulu baru baca, then tak payah nak komen apa2 yer, ini sekadar cerita yang ingin digarap dan dibaca bersama, buat masa sekarang anda kena tunggu duluuuuuuu....

selamat mengkhayalkan diri dan selamat membaca...